Pelantikan

 141 UP.1.4.1 (g) calon yang dipilih hendaklah diperakui sihat oleh Ketua Jabatan (tidak memerlukan pengesahan oleh pengamal perubatan berdaftar); (h) pengambilan PSH hendaklah berdasarkan keperluan tugas yang bersesuaian dengan kelayakan akademik berasaskan prinsip kadar upahan untuk kerja (rate for the job); (i) waktu bekerja PSH adalah selama sembilan (9) jam sehari termasuk waktu rehat; (j) sekiranya PSH diarahkan menjalankan tugas rasmi di luar pejabat di dalam negeri, mereka layak menerima Elaun Menjalankan Tugas Rasmi Di Dalam Negeri mengikut jenis tugas dan kelayakan akademik yang digunakan semasa menentukan kadar upah PSH. Elaun Menjalankan Tugas Rasmi Di Dalam Negeri yang layak diterima oleh PSH adalah seperti berikut: (i) Elaun Perjalanan Kenderaan; (ii) Bayaran Sewa Hotel atau Elaun Lojing; (iii) Elaun Harian (bertugas luar pejabat melebihi 8 jam sehari tetapi kurang daripada 24 jam); dan (iv) Elaun Makan (bertugas luar pejabat bagi tempoh 24 jam atau lebih). Kadar Elaun Menjalankan Tugas Rasmi Di Dalam Negeri dinyatakan di Lampiran UP.1.4.1(A). (k) PSH tidak layak dibayar upah bagi cuti mingguan, cuti kelepasan am dan hari yang PSH tidak hadir bertugas; (l) PSH tidak layak dibayar Elaun Lebih Masa; (m) Ketua Jabatan dan PSH hendaklah mencarum dalam Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengikut peraturan yang berkuat kuasa; (n) Ketua Jabatan hendaklah memastikan PSH menandatangani perakuan berkenaan dengan Akta Rahsia Rasmi 1972; (Dibatalkan oleh Ceraian UP.1.4.2) (Dibatalkan oleh Ceraian UP.1.4.2)

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy