Pelantikan

 140 UP.1.4.1 PELAKSANAAN Definisi 5. Dalam Ceraian ini: “Ketua Jabatan” bermaksud seseorang pegawai yang mengetuai sesuatu Kementerian, Jabatan Persekutuan di peringkat Persekutuan, wilayah, negeri, daerah atau luar negara, atau mana-mana pegawai yang diwakilkan kuasa oleh Ketua Jabatan untuk melaksanakan tugas tersebut; dan “Pekerja Sambilan Harian” bermaksud seseorang pekerja yang diambil untuk melaksanakan sesuatu tugas secara harian bagi melaksanakan tugas-tugas yang bersifat projek/ program, ad hoc atau tugas bermusim (seasonal). Dasar Pengambilan 6. Dasar pengambilan Pekerja Sambilan Harian (PSH) adalah seperti berikut: (a) PSH hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia; (b) PSH tidak termasuk dalam kategori pegawai awam seperti yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 atau peraturan-peraturan lain yang berkuat kuasa; (c) PSH dibayar upah di bawah peruntukan Objek Sebagai (OS) 29000; (d) Ketua Jabatan mempunyai kuasa dalam membuat pengambilan PSH dan boleh menggunakan kaedah pengiklanan yang bersesuaian dan menjimatkan kos; (e) tempoh perkhidmatan PSH hendaklah tidak melebihi tiga (3) bulan. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat keperluan perkhidmatan, tempoh berkenaan boleh dilanjutkan oleh Ketua Jabatan sehingga maksimum tiga (3) bulan lagi; (f) calon yang hendak diambil sebagai PSH hendaklah memiliki sekurangkurangnya kelayakan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy