Perlantikan

 515 3. Kurang Upaya Pertuturan Kurang upaya pertuturan bermaksud tidak boleh bertutur sehingga menyebabkan gangguan berkomunikasi dengan sempurna dan tidak boleh difahami oleh mereka yang berinteraksi dengannya. Keadaan ini adalah kekal atau tidak akan sembuh. Kurang upaya pertuturan boleh dibahagikan kepada lima (5) sub kategori seperti berikut: Bil. Sub Kategori Keterangan i. Kecelaruan Pertuturan dan Bahasa/Kecelaruan Komunikasi kompleks (Complex Communication Disorders) Contoh: - Aphasia Berlaku apabila individu sukar untuk menghantar, menerima, memproses dan memahami konsep sesuatu sistem simbol secara lisan, bukan lisan atau maklumat grafik (Termasuk berkaitan masalah Kelewatan Perkembangan (GDD), pendengaran, masalah berkaitan sindrom, Autisme, ADHD, Stroke , Kecederaan Otak dan lain- lain berkaitan) ii. Kecelaruan motor pertuturan (Motor Speech Disorder) Contoh: Apraxia, Dysarthria Kelemahan dan ketidakfungsian struktur dan otot yang menghasilkan bunyi pertuturan menyebabkan kadar, kelancaran dan kejelasan pertuturan terganggu iii. Kecelaruan Suara (Voice Disorders) Contoh: Dysphonia/ Aphonia Kualiti, kelangsingan dan kekuatan suara seseorang individu berbeza dari individu- individu lain yang mempunyai usia,jantina,budaya dan kedudukan geografi yang sama dengan individu tersebut

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy