514 Syarat-syarat bagi pendaftaran OKU pendengaran adalah seperti berikut: i) OKU pendengaran hendaklah disahkan oleh Pakar Otorinolaringologi; dan ii) Pengesahan daripada Pegawai Pemulihan Perubatan (Pendengaran) juga diperlukan bagi memastikan pemohon telah mendapat diagnosis yang tepat sebelum dikategorikan sebagai OKU pendengaran. 2. Kurang Upaya Penglihatan Kurang upaya penglihatan bermaksud buta kedua-dua belah mata ATAU buta di sebelah mata ATAU penglihatan terhad di kedua-dua belah mata ATAU lain-lain gangguan penglihatan kekal. Kurang upaya penglihatan boleh dibahagi kepada empat (4) sub kategori seperti berikut: Bil. Sub Kategori Keterangan i. Terhad di kedua-dua belah mata Penglihatan lebih teruk daripada 6/18 tetapi sama dengan atau lebih baik daripada 3/60 walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan atau medan penglihatan kurang dari 20 darjah dari fiksasi ii. Buta di kedua-dua belah mata Penglihatan kurang daripada 3/60 atau medan penglihatan kurang dari 10 darjah dari fiksasi di kedua-dua belah mata iii. Buta di sebelah mata Penglihatan kurang daripada 3/60 atau medan penglihatan kurang dari 10 darjah dari fiksasi di sebelah mata iv. Lain-lain gangguan penglihatan kekal Contoh : albanism Disahkan oleh Pakar Oftalmologi sahaja
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy