Pelantikan

 128 UP.1.3.9 Objektif 5. Objektif PTM adalah untuk: (a) memberi pendedahan kepada pegawai mengenai konsep kenegaraan, prinsip dan falsafah pembentukan negara, sistem pentadbiran kerajaan serta peraturan-peraturan asas perkhidmatan awam; (b) memupuk keperibadian, jati diri dan nilai patriotisme pegawai supaya lebih berketerampilan dan berkemampuan menyesuaikan diri dalam perkhidmatan awam; (c) menerapkan nilai budaya kerja cemerlang agar pegawai dapat memberikan penyampaian perkhidmatan dengan cekap serta berkesan; dan (d) menyediakan pegawai dengan minda kelas pertama selaras dengan matlamat ke arah negara maju. Pegawai Yang Disyaratkan 6. Pegawai yang disyaratkan mengikuti PTM adalah: (a) pegawai lantikan pertama pada atau selepas 1 Januari 2013 yang berkhidmat secara tetap dalam Perkhidmatan Awam; dan (b) pegawai dalam tempoh percubaan dan belum menghadiri Kursus Induksi - Modul Umum. Pengecualian Menghadiri PTM 7. Pegawai yang sedang berkhidmat yang kemudiannya dilantik ke skim perkhidmatan atau perkhidmatan lain dikecualikan daripada menghadiri PTM dengan syarat: (a) hadir dengan jaya PTM; atau (b) hadir dengan jaya Kursus Induksi - Modul Umum; atau (c) lulus Peperiksaan Am Kerajaan di skim perkhidmatan terdahulu.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy