Pelantikan

 126 UP.1.3.8 Urusan Pelantikan 7. Bagi pelantikan yang telah dilaksanakan mulai 1 Januari 2012 sehingga keputusan Kerajaan yang diumumkan pada 8 Mac 2012 yang tidak mengguna pakai ketetapan dan peraturan di bawah SSM, Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan hendaklah merujuk kepada Bahagian Pembangunan Organisasi, Jabatan Perkhidmatan Awam mengenai tindakan susulan yang perlu dilaksanakan. Tempoh Percubaan 8. Tempoh percubaan yang akan diguna pakai ialah 1 hingga 3 tahun dan P.U.(A)1/2012 akan dipinda sewajarnya. PEMBATALAN 9. Dengan berkuatkuasanya Ceraian ini maka Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2012: Pelaksanaan Urusan Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah SSM dibatalkan. PEMAKAIAN 10. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, peruntukan Ceraian ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy