Pelantikan

 125 Bil. Ruangan 1 Ruangan 2 PP/SPP/Surat Edaran Yang Dibatalkan Penjelasan 6. (i) Surat Edaran JPA.BK(S)134/8/93 s.k.3(6) bertarikh 7 Disember 2011 - Kaedah Pengiraan Elaun Pemangkuan Pegawai Yang Memangku Gred Kumpulan Pengurusan Tertinggi Dalam Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (ii) Surat Edaran JPA.BK(S)134/8/93 s.k.2(7) bertarikh 27 Disember 2011 – Urusan Kenaikan Pangkat Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Berikutan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (iii) Surat Edaran JPA.BK(S)134/2/8 Jld.2 s.k.1(7) bertarikh 27 Disember 2011 – Pelaksanaan Urusan Kenaikan Pangkat Tanpa Pemangkuan (iii) Semua urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat hendaklah dirujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2010 – Panduan Pengurusan Pemangkuan Dan Kenaikan Pangkat Dalam Perkhidmatan Awam. 5. Semua urusan perkhidmatan yang telah dilaksanakan mengikut PP/SPP/Surat Edaran/Peraturan yang disenaraikan di Ruangan 1, Jadual A dan Jadual B dari 1 Januari 2012 sehingga keputusan Kerajaan sebagaimana diumumkan pada 8 Mac 2012, hendaklah diselaraskan atau dipinda sewajarnya supaya selaras dengan ketetapan dan peraturan di bawah SSM. Bagi tujuan penjelasan mengenai kaedah penyelarasan atau pindaan urusan yang berkenaan, Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan hendaklah merujuk kepada Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam. 6. Bagi Program Transformasi Minda, sekiranya telah dilaksanakan, pegawai hendaklah disifatkan telah memenuhi syarat Kursus Induksi Modul Umum. Walau bagaimanapun, pegawai masih dikehendaki mengikuti Kursus Induksi Modul Khusus sekiranya pegawai belum mengikutinya sebagaimana ditetapkan di bawah SSM. Manakala, bagi urusan peletakan dan pelepasan jawatan, ketetapan di bawah P.U.(A)1/2012 dan undang-undang pencen yang sedang berkuat kuasa adalah terpakai.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy