Pelantikan

 123 UP.1.3.8 4. Seterusnya PP, SPP dan Surat Edaran yang disenaraikan dalam Ruangan 1, Jadual B juga dibatalkan dan ketetapan serta peraturan sebagaimana yang dijelaskan dalam Ruangan 2 adalah diguna pakai. Jadual B: Senarai PP/SPP/Surat Edaran Yang Dibatalkan Bil. Ruangan 1 Ruangan 2 PP/SPP/Surat Edaran Yang Dibatalkan Penjelasan 1. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2011 – Pelaksanaan Pemeriksaan Kesihatan Bagi Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam Dengan pembatalan ini, dasar yang perlu dirujuk ialah Peraturan 20(1)(a), Peraturan- Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A)1/2012]. Pelaksanaan urusan pemeriksaan kesihatan calon adalah berdasarkan borang pemeriksaan perubatan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. 2. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2011 – Program Bersepadu Potensi Dan Kompetensi (PROSPEK) Urusan kenaikan pangkat dilaksanakan berdasarkan ketetapan dalam Surat Edaran JPA.BK(S)134/2/8 (9) bertarikh 17 Februari 2011 - Pengecualian Syarat Kursus Kenegaraan Di Tahap Kecekapan 1 (TK1) Dan Urusan Kenaikan Pangkat Selepas Pemansuhan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK). 3. (i) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2011 – Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Cemerlang Dan Pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (ii) Surat Edaran JPA.BK(R)149/3/5 (30) bertarikh 30 Disember 2011 - Pelaksanaan Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Cemerlang Bagi Tahun 2012 Pelaksanaan APC dilaksanakan berdasarkan Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bilangan 2 Tahun 2002 - Garis Panduan Pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Anggota Perkhidmatan Awam.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy