Perlantikan

 507 PENYESUAIAN MUNASABAH DI TEMPAT KERJA 9. Tempat letak kereta dan kemudahan tempat mengambil dan menurunkan penumpang OKU – Pegawai hendaklah dipertimbangkan dan diberikan kemudahan meletak kenderaan khas mengikut spesifikasi tempat letak kereta OKU serta disediakan tempat khusus mengambil dan menurunkan penumpang OKU di lokasi yang sesuai, selamat dan memudahkan akses pergerakan masuk dan keluar tempat kerja. Ketua Jabatan perlulah bersikap empati dan prihatin dalam memberi keutamaan untuk menyediakan kemudahan meletak kenderaan yang memudahkan pegawai OKU. 10. Ruang pejabat OKU – Bagi memenuhi keperluan dan keselesaan, OKU hendaklah diberikan kemudahan ruang pejabat yang bersesuaian dengan mengguna pakai ruang pejabat sedia ada tertakluk kepada pengurusan Kementerian/ Jabatan/ Agensi masing-masing. 11. Kemudahan kenderaan pejabat – Keutamaan permohonan kenderaan jabatan turut diberikan kepada pegawai OKU yang diarahkan bertugas di luar pejabat mengikut kesesuaian. 12. Pengiktirafan sumbangan penjawat awam dalam membantu OKU - Ketua Jabatan perlu mengiktiraf penjawat awam bukan OKU yang menunjukkan amalan nilai empati dan memberi sokongan kepada OKU di tempat kerja. Sumbangan ini termasuk memberi layanan sama rata, bekerjasama dengan baik, berkongsi maklumat terkini dan menghormati keperluan OKU. Pengiktirafan boleh dilakukan dengan memasukkan sumbangan mereka ke dalam sistem penilaian prestasi yang berkuat kuasa, sebagai penghargaan terhadap usaha mereka memupuk persekitaran kerja yang inklusif. TANGGUNGJAWAB PEGAWAI OKU DI TEMPAT KERJA 13. Tatakelakuan - OKU yang ditempatkan di jawatan masing-masing adalah sama seperti penjawat awam lain yang tertakluk kepada semua Perintah Am, Peraturan Kewangan dan Pekeliling-pekeliling serta Peraturan-peraturan yang sedang berkuat kuasa. Tindakan tatatertib perlu diambil sekiranya terdapat sebarang pelanggaran dan ketidakpatuhan terhadap peraturan tersebut. 14. Urusan di luar pejabat - OKU perlu memohon kebenaran untuk meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja sekiranya mempunyai temujanji pemeriksaan kesihatan secara berkala atau sebarang urusan peribadi selaras dengan Perintah Am 5 Bab G dan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Ceraian SR.4.2.2.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy