Perlantikan

 506 OKU sendiri dan Kementerian/ Jabatan/ Agensi perlu memastikan rekod ketidakupayaan dilaksanakan secara berkala dan teratur; (d) Penilaian prestasi dan kemajuan kerjaya OKU – Pengurus Sumber Manusia hendaklah memastikan OKU mengisi penilaian prestasi yang berkuat kuasa serta tiada unsur diskriminasi dalam urusan penilaian prestasi, pemberian Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) dan kemajuan kerjaya OKU. Penyelia yang menyelia OKU boleh memohon dengan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mendapatkan khidmat ahli terapi profesional dari semasa ke semasa untuk membuat penilaian sama ada OKU yang berkenaan boleh melaksanakan skop fungsi dan bidang tugas jawatan yang disandang; (e) Pengurusan cuti rehat – Pertimbangan kelulusan untuk cuti rehat OKU hendaklah dilaksanakan atas budi bicara penyokong dan pelulus cuti tertakluk kepada pematuhan peraturan berkuat kuasa; (f) Pengurusan kehadiran – Bagi memastikan garis panduan ini tidak disalah guna oleh mana-mana pihak, setiap pegawai OKU masih tertakluk kepada Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Ceraian SR.4: Waktu Bekerja dan/ atau manamana peraturan yang berkuat kuasa; (g) Program pemantauan/ naziran – Pengurus Sumber Manusia perlu melaksanakan program pemantauan/ naziran terhadap kebajikan pegawai OKU di tempat bertugas secara berkala melalui kaedah-kaedah yang bersesuaian, sebagai contoh: (i) lawatan fizikal di tempat kerja; (ii) dalam talian; (iii) hubungi pegawai/ penyelia melalui telefon; atau (iv) sebarang medium komunikasi yang bersesuaian. (h) Pelaksanaan tugas – Ketua Jabatan boleh menyediakan deskripsi tugas yang bersesuaian dengan gred jawatan OKU dengan mengambil kira keupayaan OKU melaksanakan tugas. Salinan deskripsi tugas tersebut perlu dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia masing-masing bagi tujuan rekod dan pemantauan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy