505 penyesuaian munasabah, peluang latihan dan penyesuaian kerja yang diperlukan untuk memastikan mereka dapat menyumbang sepenuhnya tanpa sebarang diskriminasi. 6. Keberkesanan garis panduan ini bergantung kepada kesedaran, kerjasama dan pelaksanaan yang berterusan daripada pihak pengurusan, kakitangan, rakan sekerja serta OKU sendiri. Pematuhan terhadap prinsip-prinsip inklusif dan saksama perlu diterapkan sebagai satu elemen pengurusan sumber manusia yang penting dalam diri penjawat awam. 7. Melalui garis panduan ini, diharapkan bahawa sektor awam dapat menjadi teladan dalam mempromosikan inklusiviti dan keadilan serta menjadi model untuk sektor swasta dan masyarakat secara keseluruhannya. Prinsip dalam garis panduan ini juga sejajar dengan komitmen Malaysia terhadap konvensyen antarabangsa yang berkaitan dengan hak asasi OKU. PELAKSANAAN 8. Pengurusan pentadbiran OKU merangkumi aspek-aspek penting dalam pengurusan sumber manusia, fasiliti, serta sokongan untuk memastikan peluang pekerjaan yang inklusif dan kebajikan pegawai OKU terjamin di tempat kerja, antaranya adalah seperti berikut: (a) Pengurusan penyeliaan – Penyelia hendaklah memastikan OKU diberi tugasan yang sesuai dengan kemampuan dan kebolehan pegawai. Pertemuan antara penyelia dengan OKU hendaklah diadakan secara berkala bagi meningkatkan atau menyemak semula tahap kualiti tugasan dan pencapaian dari semasa ke semasa. Penyelia boleh memohon bantuan daripada agensi yang mempunyai kepakaran berkaitan ketidakupayaan OKU seperti perkhidmatan Job Coach; (b) Pengurusan fasiliti – Pengurusan Tertinggi Kementerian/ Agensi/ Jabatan hendaklah mengambil apa jua inisiatif dengan menyediakan dan/ atau memperoleh prasarana/ fasiliti seperti tandas, tempat letak kereta, perisian komputer mesra OKU di tempat kerja atau kemudahan lain yang diperlukan. Peruntukan yang bersesuaian hendaklah disediakan bagi membolehkan Kementerian/ Agensi/ Jabatan mengambil apa jua inisiatif menyediakan prasarana/ fasiliti tersebut; (c) Pengemaskinian sistem pengurusan maklumat sumber manusia masingmasing atau apa-apa sistem lain/ HRMIS – urusan pengemaskinian apa jua sistem pengurusan maklumat sumber manusia/ HRMIS perlu dibuat oleh pegawai
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy