Perlantikan

 504 Lampiran UP.1.3.6(A) GARIS PANDUAN PENGURUSAN TEMPAT KERJA YANG INKLUSIF PENGENALAN 1. Garis panduan ini disediakan sebagai rujukan dan panduan dalam mewujudkan tempat kerja yang lebih inklusif dan produktif. Dokumen ini penting supaya dapat memastikan keperluan penjawat awam OKU dipenuhi secara sewajarnya serta memastikan kepelbagaian dalam peluang pekerjaan di sektor awam. Pengurusan yang berfokus pada keperluan OKU juga dapat meningkatkan produktiviti dan kesejahteraan keseluruhan penjawat awam dalam sesebuah organisasi. LATAR BELAKANG 2. Visi pengurusan sumber manusia sektor awam seperti yang dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Ceraian PO.2: Pengurusan Maklumat Sumber Manusia adalah bagi mewujudkan penjawat awam yang berprestasi tinggi dan dinamik dalam membangunkan penjawat awam yang berfikiran aras tinggi (high order thinking skills) dan ke hadapan (future-thinking), tangkas (agile) serta berkemahiran digital (digital capabilities). 3. Sejajar dengan hasrat dan tanggungjawab Kerajaan untuk mewujudkan masyarakat yang inklusif, setara dan saksama, pengurusan yang beretika dan prihatin terhadap OKU perlu ditekankan. Keperluan untuk garis panduan ini merupakan usaha bagi menyelaraskan amalan terbaik dalam menyediakan persekitaran kerja yang mesra dan menyokong OKU. 4. Garis panduan ini juga memberi tumpuan kepada aspek penyeliaan, pembangunan profesional dan pemerkasaan OKU. Langkah-langkah yang diambil dalam konteks ini diharapkan dapat meningkatkan pencapaian potensi OKU sebagai penjawat awam dan membantu mereka untuk turut serta secara aktif dalam pembangunan negara. 5. Dalam usaha untuk mewujudkan persekitaran yang inklusif, setiap agensi perlu mengenal pasti dan mengatasi halangan serta cabaran yang dihadapi oleh OKU. Halangan dan cabaran ini termasuklah penyediaan kemudahan, akses secara

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy