503 pencapaian OKU ini akan digunakan sebagai pelaporan di semua platform; dan (f) Mengemukakan laporan kepada Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) seperti di Lampiran UP.1.3.6(B) berkenaan pengisian jawatan OKU secara kontrak dan yang tidak direkod dalam HRMIS JPA pada 31 Disember setiap tahun bagi memastikan pematuhan terhadap dasar pengambilan OKU yang komprehensif. PBM (g) Melaporkan trend tahunan pelantikan OKU bagi menilai usaha dan prestasi pengambilan OKU oleh PBM. Trend ini akan digunakan untuk menilai keberkesanan dasar secara tahunan. Semua PBM dikehendaki mengemukakan maklumat pelantikan pada 31 Disember setiap tahun seperti di Lampiran UP.1.3.6(C) kepada Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar, Jabatan Perkhidmatan Awam. 17. Senarai semak tindakan untuk panduan adalah seperti di Lembaran UP.1.3.6(A3). PEMBATALAN 18. Dengan berkuatkuasanya Ceraian ini, Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Ceraian UP.1.3.6: Dasar Satu Peratus Peluang Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam Kepada Orang Kurang Upaya Versi 1.0 (2022) adalah dibatalkan. PEMAKAIAN 19. Tertakluk kepada penerimaannya oleh Pihak Berkuasa masing-masing, Ceraian ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. Walau bagaimanapun, Pihak Berkuasa berkenaan disarankan untuk sama-sama menjayakan dasar ini supaya pelaksanaan keputusan kerajaan ini dapat dikuatkuasakan dengan seragam dan mencapai matlamat yang ditetapkan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy