502 15. Sekiranya berlaku pembatalan pendaftaran OKU di JKM kerana telah terhenti menjadi Orang Kurang Upaya, Pengurus Sumber Manusia hendaklah memastikan pegawai tersebut mengemas kini rekod di sistem pengurusan maklumat sumber manusia yang berkenaan. PEMANTAUAN 16. Bagi tujuan pemantauan dan pemakaian dasar ini, tanggungjawab pihak yang terlibat adalah seperti yang berikut: Ketua Jabatan (a) Memantau pengisian maklumat ketidakupayaan secara tahunan melalui sistem pengurusan maklumat sumber manusia masing-masing atau apa-apa sistem lain yang ditetapkan bagi lantikan tetap atau mana-mana sistem bagi lantikan selain tetap. Laporan mengenai perkara ini akan dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pemandu HRMIS yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA); dan (b) Ketua Jabatan hendaklah memantau pengisian dan juga kesejahteraan tempat kerja OKU bagi memastikan keberkesanan dasar ini. Penjawat Awam OKU (c) Membuat pendaftaran OKU di JKM dan mengisytiharkan status ketidakupayaan di dalam sistem pengurusan maklumat sumber manusia masing-masing atau apa-apa sistem lain yang ditetapkan. Sekiranya telah disahkan pulih oleh pegawai perubatan yang berdaftar, pegawai hendaklah memaklumkan kepada JKM untuk membatalkan pendaftarannya sebagai OKU, mengemas kini status terkini di sistem masingmasing dan memaklumkan Pengurus Sumber Manusia mengenai status terkini. Pengurus Sumber Manusia (d) Merujuk dan mematuhi Garis Panduan Pengurusan Tempat Kerja Inklusif seperti di Lampiran UP.1.3.6(A) bagi membantu dari segi persekitaran tempat kerja yang kondusif kepada OKU dan pegawai lain yang bekerja bersama dengan OKU; (e) Memastikan rekod OKU diisi atau dikemas kini pada 31 Disember setiap tahun dalam sistem pengurusan maklumat sumber manusia masing-masing atau apa-apa sistem lain yang ditetapkan bagi tujuan pemantauan pencapaian dasar. Maklumat
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy