Perlantikan

 501 Prosedur Pengambilan oleh PBM 11. Bagi prosedur menguruskan pengambilan OKU, PBM hendaklah melaksanakan tatacara urusan pengambilan OKU seperti yang berikut: (a) mengiklankan jawatan yang bersesuaian mengikut kategori OKU; (b) melaksanakan penyesuaian munasabah dalam urusan pengambilan OKU seperti mewujudkan program tapisan/ ujian khas, melantik panel temu duga yang bersesuaian dan mengadakan temu duga di lokasi yang mudah diakses, mempunyai kemudahan mesra OKU atau secara dalam talian jika bersesuaian; dan (c) mengenal pasti tahap ketidakupayaan OKU yang memohon pekerjaan seperti di Lembaran UP.1.3.6(A1). Pengisian dan Penempatan OKU oleh Ketua Jabatan 12. Pengisian dan penempatan OKU dalam organisasi harus dilakukan dengan mempertimbangkan kesesuaian serta membuat penyesuaian munasabah berdasarkan keadaan dan kategori ketidakupayaan OKU, lokasi, aksesibiliti dan fasiliti yang tersedia. Rujukan berkaitan aksesibiliti dan fasiliti yang sesuai untuk OKU adalah seperti di Lembaran UP.1.3.6(A2). 13. Pegawai yang menjadi OKU semasa dalam perkhidmatan, sama ada akibat kemalangan atau penyakit, turut diambil kira dalam pelaksanaan dasar ini. Pegawai perlu berdaftar sebagai OKU dengan JKM untuk memastikan status ketidakupayaan mereka diiktiraf dan direkodkan bagi tujuan pengurusan dan penempatan yang bersesuaian dalam sektor awam. 14. Pegawai OKU, sama ada yang baharu dilantik dalam sektor awam atau yang menjadi OKU semasa berkhidmat, adalah bertanggungjawab mengemas kini status OKU mereka dalam sistem pengurusan maklumat sumber manusia masing-masing atau apa-apa sistem lain yang ditetapkan secara dalam talian. Pengurus Sumber Manusia juga hendaklah memastikan maklumat ketidakupayaan pegawai OKU diisi dengan lengkap dalam sistem tersebut. Tindakan merekod dan mengemas kini maklumat ini adalah penting untuk menyimpan data asas OKU, termasuk maklumat peribadi dan perkhidmatan, bagi memudahkan Pengurus Sumber Manusia dalam membuat keputusan berkaitan dengan keperluan logistik, penempatan, latihan, pengagihan ganjaran serta urusan sumber manusia yang lain.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy