Perlantikan

 500 dengan kad OKU sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 25 Akta 685. Pendaftaran ini penting bagi PBM mengesahkan ketidakupayaan seseorang calon sebagai OKU dalam urusan pengambilan dan melancarkan pengintegrasian data dan rekod antara Sistem Maklumat Orang Kurang Upaya (SMOKU) di JKM dan sistem pengambilan oleh PBM; dan (c) OKU boleh mendapatkan khidmat nasihat berhubung maklumat dan prosedur permohonan pekerjaan daripada PBM yang berkaitan. Dasar dan Prosedur Permohonan Pengambilan OKU oleh Ketua Jabatan dan Ketua Perkhidmatan 8. Dasar ini menetapkan bahawa Ketua Jabatan bertanggungjawab mengenal pasti jawatan yang bersesuaian dengan fungsi organisasi yang sesuai diisi oleh OKU. Dalam hal ini, Ketua Jabatan perlu memaklumkan Ketua Perkhidmatan jumlah perjawatan yang boleh diisi oleh OKU dan kategori ketidakupayaan yang bersesuaian untuk tujuan pengambilan. Seterusnya, Ketua Perkhidmatan hendaklah memaklumkan PBM mengenai kekosongan jawatan berserta kategori, sub-kategori dan jenis atau tahap ketidakupayaan yang sesuai bagi sesuatu jawatan. 9. Dasar ini turut diperluas meliputi pelantikan OKU secara tetap dan kontrak. 10. Bagi tujuan permohonan pengambilan OKU, Ketua Perkhidmatan setelah mendapat maklum balas Ketua Jabatan hendaklah— (a) memaklumkan PBM mengenai kekosongan jawatan di kementerian dan jabatan serta kategori OKU yang sesuai bagi kekosongan jawatan berkenaan; (b) melaksanakan aktiviti suai kenal di tempat kerja meliputi penerapan sikap saling hormat-menghormati dan saling memahami dalam kalangan OKU, Ketua Jabatan dan rakan sekerja supaya OKU dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja dan organisasi dalam tempoh persediaan selepas pelantikan (onboarding); dan (c) mengenal pasti penempatan yang sesuai dan/ atau membuat penyesuaian deskripsi tugas bagi OKU yang mengisi jawatan tersebut mengikut kategori keupayaan kesihatan, lokasi, aksesibiliti dan fasiliti. Selain itu, menyediakan kemudahan dan persekitaran yang sesuai untuk OKU berdasarkan kategori ketidakupayaan di Lembaran UP.1.3.6(A1).

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy