Pelantikan

 499 (iv) mana-mana entiti lain dalam perkhidmatan awam sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. “ Ketua Perkhidmatan ” bermaksud seseorang pegawai yang mengetuai sesuatu perkhidmatan atau mana-mana pegawai yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam sebagai Ketua Perkhidmatan; “ pelantikan ” bermaksud pelantikan ke dalam sektor awam secara tetap atau kontrak, termasuklah pelantikan kali pertama dan pelantikan seseorang pegawai yang sedang berkhidmat dalam mana-mana skim perkhidmatan; “ Pengisytiharan Kurang Upaya ” bermaksud pengemaskinian maklumat kurang upaya yang berdaftar dengan JKM dan lengkap dalam Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS) oleh OKU/ Pentadbir/ Pengurus Sumber Manusia; “ penyesuaian munasabah ” bermaksud pengubahsuaian dan pelarasan yang perlu dan sesuai tanpa mengenakan bebanan yang tidak seimbang atau tidak wajar, mengikut kekurangan yang dimiliki, sekiranya diperlukan dalam hal tertentu, untuk memastikan OKU menikmati atau menjalani kehidupan yang berkualiti dan sejahtera atas asas kesetaraan dengan orang upaya [ Akta 685 ]; dan “ pihak berkuasa melantik (PBM) ” bermaksud pihak berkuasa melantik bagi sesebuah agensi yang diberi kuasa untuk melantik seseorang berkhidmat dengannya. Ini termasuklah Ketua Jabatan atau Ketua Perkhidmatan yang diwakilkan kuasa secara sah oleh PBM. Permohonan Pekerjaan oleh OKU 7. Bagi tujuan seseorang OKU memohon pekerjaan dalam sektor awam: (i) OKU hendaklah memiliki kelayakan yang ditetapkan seperti yang diperuntukkan dalam Perbekalan Skim Perkhidmatan, memastikan kesesuaian dengan bidang tugas jawatan di agensi yang berkenaan dan memaklumkan kategori ketidakupayaan dalam permohonannya; (ii) OKU hendaklah telah berdaftar sebagai OKU dengan JKM dan dikeluarkan dengan kad OKU sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 25 Akta 685. Pendaftaran ini penting bagi PBM mengesahkan ketidakupayaan seseorang calon sebagai OKU dalam urusan pengambilan dan melancarkan pengintegrasian data dan rekod antara Sistem Maklumat Orang Kurang Upaya (SMOKU) di JKM dan sistem pengambilan oleh PBM; dan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy