Perlantikan

 498 dalam sektor awam. 5. Selaras dengan usaha Kerajaan untuk meningkatkan kesejahteraan pegawai awam, dasar ini ditambah baik dengan memperkenalkan Garis Panduan Pengurusan Tempat Kerja Yang Inklusif seperti di Lampiran UP.1.3.6(A). PELAKSANAAN Definisi 6. Bagi tujuan Ceraian ini− “Orang Kurang Upaya” termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat seperti yang diperuntukkan di bawah Akta 685; “Kategori OKU” bermaksud kategori ketidakupayaan yang boleh dipertimbangkan bagi pendaftaran OKU oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam Garis Panduan Pendaftaran OKU (Pindaan 2019) seperti berikut: (a) Kurang Upaya Pendengaran; (b) Kurang Upaya Penglihatan; (c) Kurang Upaya Pertuturan; (d) Kurang Upaya Fizikal; (e) Kurang Upaya Pembelajaran; (f) Kurang Upaya Mental; dan (g) Kurang Upaya Pelbagai. “Ketua Jabatan” bermaksud seseorang pegawai yang mengetuai sesuatu jabatan atau mana-mana pegawai yang diwakilkan kuasa secara bertulis oleh Ketua Jabatan untuk bertindak bagi pihaknya dan sesuatu jabatan itu termasuklah− (a) sesuatu Kementerian; (b) sesuatu Jabatan Persekutuan di peringkat persekutuan, wilayah, negeri atau

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy