497 CERAIAN UP.1.3.6 DASAR PENGAMBILAN DAN PENGURUSAN INKLUSIF ORANG KURANG UPAYA TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk menjelaskan dasar dan prosedur pengambilan serta pengurusan inklusif, bagi memastikan Orang Kurang Upaya (OKU) yang berkelayakan mendapat peluang yang sama dalam pengambilan bekerja di sektor awam dan semasa berkhidmat. LATAR BELAKANG 2. Dasar ini mula diperkenalkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 1988 dan diperincikan lagi dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2008 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 16 Tahun 2010. Pelaksanaan dasar ini adalah selaras dengan usaha Kerajaan untuk mempertingkatkan pembangunan modal insan bagi golongan OKU di Malaysia. Melalui dasar ini, OKU yang memiliki kelayakan akademik dan kemahiran yang bersesuaian dengan bidang tugas sesuatu jawatan akan dipertimbangkan peluang pekerjaan dalam sektor awam. 3. Selain itu, seksyen 29 Akta Orang Kurang Upaya 2008 [Akta 685] menjelaskan hak OKU untuk mempunyai akses kepada peluang pekerjaan atas asas kesetaraan dengan orang upaya. Majikan termasuklah Kerajaan hendaklah melindungi hak OKU, atas asas kesetaraan dengan orang upaya, untuk mendapatkan suasana kerja yang adil dan baik termasuk peluang dan saraan sama rata bagi kerja yang sama nilai, suasana kerja yang selamat dan sihat, perlindungan daripada gangguan dan memulihkan ketidakpuasan hati. Kerajaan juga hendaklah dalam melaksanakan kewajipan sosialnya berusaha untuk menggalakkan pekerjaan yang stabil bagi OKU dengan menilai keupayaannya dengan sewajarnya, menyediakan tempat pekerjaan yang sesuai dan menjalankan pengurusan pekerjaan yang sesuai. 4. Oleh itu, dasar ini dikemas kini bagi melengkapi dan menyokong inisiatif Kerajaan melalui kementerian yang bertanggungjawab dalam pembangunan dan pemantapan keupayaan OKU. Bagi mencapai sasaran minimum satu peratus pengisian, yang merujuk kepada pengisian jawatan oleh OKU dalam sektor awam secara kumulatif, OKU yang memiliki kompetensi iaitu kelayakan akademik dan kemahiran yang bersesuaian dengan bidang tugas sesuatu jawatan boleh dipertimbang untuk dilantik
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy