Pelantikan

 111 UP.1.3.6 “Ketua Jabatan” bermaksud seseorang pegawai yang mengetuai sesuatu jabatan atau Ketua Perkhidmatan, mengikut mana-mana yang berkenaan; “penyesuaian munasabah” bermaksud pengubahsuaian dan pelarasan yang perlu dan sesuai tanpa mengenakan bebanan yang tidak seimbang atau tidak wajar, sekiranya diperlukan dalam hal tertentu, untuk memastikan OKU menikmati atau menjalani kehidupan yang berkualiti dan sejahtera atas asas kesetaraan dengan orang upaya; dan “Suruhanjaya” bermaksud suatu suruhanjaya perkhidmatan yang berkuasa untuk melantik seseorang pegawai berkhidmat dengan agensi awam, termasuklah Ketua Jabatan yang diwakilkan kuasa melantik oleh suruhanjaya atau diberi kebenaran untuk melantik mengikut peraturan yang berkuat kuasa. Dasar Pengambilan 5. Dasar satu peratus peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam kepada OKU menetapkan bahawa setiap agensi hendaklah memastikan pengambilan OKU dibuat sekurang-kurangnya satu peratus daripada jumlah pegawai dalam agensi tersebut. Dasar ini diperluas meliputi pelantikan secara tetap, sementara, kontrak atau apa-apa kaedah pelantikan yang berkuat kuasa. 6. Walau bagaimanapun, pencapaian dasar ini bergantung kepada permohonan yang dikemukakan kepada suruhanjaya atau melalui pengenalpastian oleh kementerian atau agensi di bawah kementerian. Pelantikan OKU dibuat berdasarkan calon memenuhi syarat lantikan yang ditetapkan dalam suatu skim perkhidmatan, kesesuaian calon dengan bidang tugas jawatan serta kemudahan yang disediakan oleh agensi yang berkenaan. Permohonan Pekerjaan 7. Bagi tujuan memohon pekerjaan dalam perkhidmatan awam: (i) OKU perlu terlebih dahulu berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Pendaftaran ini penting bagi suruhanjaya mengesahkan status seseorang calon sebagai OKU dalam urusan pengambilan. Selain itu, maklumat tersebut juga berguna dalam pemantauan pencapaian dasar satu peratus peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam kepada OKU;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy