Pelantikan

 110 CERAIAN UP.1.3.6 DASAR SATU PERATUS PELUANG PEKERJAAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM KEPADA ORANG KURANG UPAYA TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan menjelaskan dasar satu peratus peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam kepada Orang Kurang Upaya dan langkah-langkah affirmative yang perlu diambil oleh suruhanjaya, kementerian serta agensi di bawah kementerian bagi mempercepat pencapaian dasar tersebut. LATAR BELAKANG 2. Dasar yang memperuntukkan satu peratus peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam kepada Orang Kurang Upaya (OKU) dijelaskan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2008 (PP 3/2008). Dasar ini dilaksanakan selaras dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan lagi keupayaan modal insan di kalangan rakyat Malaysia, khususnya bagi OKU dan merealisasikan hasrat menjadikan rakyat Malaysia sebagai masyarakat penyayang. Melalui dasar ini, OKU yang memiliki kelayakan akademik dan kemahiran yang sesuai dengan bidang tugas suatu jawatan akan dipertimbangkan peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam. 3. Selaras dengan usaha kerajaan untuk mempercepat pencapaian dasar ini, pelaksanaannya diperkemas melalui langkah-langkah affirmative dan pemantauan berterusan oleh suruhanjaya selaku pihak berkuasa melantik serta kementerian dan agensi di bawah kementerian sebagai agensi yang akan menerima OKU bekerja. PELAKSANAAN Definisi 4. Bagi tujuan Ceraian ini: “Orang Kurang Upaya (OKU)” berdasarkan Akta Orang Kurang Upaya 2008 adalah termasuk mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy