491 memberikan pelepasan dengan izin bagi membolehkan tempoh perkhidmatan di jawatan asal dimasuk kira bagi perkiraan faedah persaraan; (f) Ketua Jabatan asal hendaklah merekodkan kelulusan CBTG, ikatan perjanjian pegawai dan kelulusan pelepasan dengan izin dalam Rekod Perkhidmatan pegawai; dan (g) Ketua Jabatan baru hendaklah memastikan ikatan kontrak pegawai di jabatan asal diagregatkan dengan ikatan kontrak kursus pra perkhidmatan pegawai. Carta alir prosedur permohonan CBTG bagi mengikuti kursus pra perkhidmatan bagi pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan adalah seperti di Lampiran UP.1.3.5(B). Prosedur Peletakan Jawatan 18. Prosedur peletakan jawatan bagi mengikuti kursus pra perkhidmatan adalah seperti berikut: (a) pegawai yang bercadang untuk memohon kursus pra perkhidmatan perlu mengemukakan permohonan tersebut melalui Ketua Jabatan. Bagi permohonan yang dibuat secara online, pegawai perlu memaklumkan permohonan tersebut kepada Ketua Jabatan dan mengemukakan surat sokongan Ketua Jabatan semasa menghadiri sesi temu duga; (b) setelah menerima tawaran untuk mengikuti kursus pra perkhidmatan, pegawai perlu meletakkan jawatan. Sekiranya tempoh notis peletakan jawatan kurang daripada 30 hari, pegawai boleh memohon pemendekan notis peletakan jawatan bagi dikecualikan daripada bayaran sebulan gaji; (c) Ketua Jabatan hendaklah merekodkan peletakan jawatan dan kelulusan pemendekan notis peletakan jawatan (jika berkaitan) dalam Rekod Perkhidmatan pegawai; dan
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy