490 15. Suruhanjaya boleh menimbangkan kebenaran khas mengikut peraturan 7, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 - P.U.(A) 176/2005 bagi pelantikan semula pegawai yang meletak jawatan untuk mengikuti kursus pra perkhidmatan. 16. Bagi pegawai yang gagal menamatkan kursus pra perkhidmatan atau menolak tawaran pelantikan ke jawatan yang berkaitan dengan kursus berkenaan, tindakan ke atas pegawai adalah tertakluk kepada terma perjanjian yang telah dipersetujui sebelum mengikuti kursus berkenaan. Tempoh CBTG bagi pegawai yang gagal menamatkan kursus tidak dimasuk kira untuk perkiraan faedah persaraan. Prosedur Prosedur Cuti Belajar Tanpa Gaji 17. Prosedur CBTG bagi mengikuti kursus pra perkhidmatan adalah seperti berikut: (a) permohonan mengikuti kursus pra perkhidmatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan. Bagi permohonan yang dibuat secara online, pegawai perlu memaklumkan permohonan tersebut kepada Ketua Jabatan dan mengemukakan surat sokongan Ketua Jabatan semasa menghadiri sesi temu duga; (b) setelah mendapat tawaran mengikuti kursus pra perkhidmatan, pegawai perlu mengemukakan permohonan CBTG kepada Pihak Berkuasa Melulus melalui Ketua Jabatan. Bagi permohonan CBTG yang dipertimbangkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam selaku Pihak Berkuasa Melulus, ia hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Pembangunan Modal Insan, Jabatan Perkhidmatan Awam; (c) pegawai yang telah diluluskan CBTG perlu melaporkan diri di institusi latihan di mana kursus tersebut ditawarkan dan mengikuti kursus tersebut dengan jayanya; (d) pegawai yang telah menamatkan kursus pra perkhidmatan dengan jayanya perlu melaporkan diri bertugas di jabatan asal sehingga pegawai mendapat tawaran pelantikan tetap ke jawatan baru; (e) bagi pegawai yang telah ditawarkan jawatan baru berdasarkan kursus pra perkhidmatan yang telah diikuti, Ketua Perkhidmatan/ Ketua Jabatan perlu
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy