Pelantikan

 106 UP.1.3.5 10. Pegawai yang telah diluluskan CBTG perlu melaporkan diri bertugas semula di jabatan asal selepas tamat kursus pra perkhidmatan sehingga menerima tawaran jawatan baru. 11. Bagi pegawai yang mendapat tawaran ke jawatan baru selepas menamatkan kursus pra perkhidmatan dengan jayanya, Ketua Perkhidmatan/ Ketua Jabatan perlu memberikan pelepasan dengan izin bagi membolehkan tempoh perkhidmatan di jawatan sebelumnya dimasuk kira bagi perkiraan faedah persaraan mengikut peraturan yang sedang berkuat kuasa. 12. Kesan ke atas perkhidmatan pegawai yang diluluskan CBTG hendaklah dirujuk dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2009: Kesan Ke Atas Perkhidmatan Bagi Pegawai Yang Diluluskan Cuti Bergaji Penuh, Cuti Separuh Gaji dan Cuti Tanpa Gaji. 13. Tempoh CBTG boleh dimasuk kira bagi tujuan perkiraan faedah persaraan pegawai sekiranya memenuhi syarat yang dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1991 seperti berikut: (a) tempoh pegawai berkursus telah diluluskan CBTG atau tanpa biasiswa; (b) kursus yang diikuti itu berkaitan dengan perkhidmatan; dan (c) pegawai itu kembali bertugas dengan Kerajaan selepas tamat kursus. Selain itu, pegawai juga perlu memenuhi kriteria seperti yang ditetapkan dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1998 iaitu: (a) kelulusan CBTG atau tanpa biasiswa diberi oleh Pihak Berkuasa Melulus di bawah Perintah Am 36, Perintah-Perintah Am Bab C 1974 dan bukannya Cuti Tanpa Gaji atas sebab-sebab persendirian yang mustahak di bawah Perintah Am 14, Perintah-Perintah Am Bab C 1974; (b) sebarang pertukaran bidang kursus perlu diluluskan Pihak Berkuasa Melulus; (c) pegawai hendaklah lulus dalam pengajiannnya dan mengemukakan salinan sijil kelulusan berkenaan kepada Pihak Berkuasa Melulus; dan (d) pegawai dikenakan syarat berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam selama tempoh CBTG sekembalinya bertugas. Jika pegawai bersara sebelum dapat memenuhi syarat ini, maka hanya sebahagian tempoh CBTG itu boleh diambil kira mengikut mana tempoh yang ia dapat berkhidmat semula itu.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy