Pelantikan

 105 UP.1.3.5 Dasar 6. Dasar bagi pegawai yang sedang berkhidmat untuk mengikuti kursus pra perkhidmatan adalah diputuskan seperti berikut: (a) Cuti Belajar Tanpa Gaji (CBTG) bagi pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan. CBTG juga diberi kepada pegawai yang belum disahkan dalam perkhidmatan di jawatan sekarang dengan syarat pegawai telah disahkan dalam perkhidmatan di jawatan terdahulu; dan (b) peletakan jawatan bagi pegawai lantikan kali pertama di dalam perkhidmatan Kerajaan yang belum disahkan dalam perkhidmatan. 7. CBTG boleh dipertimbangkan kepada pegawai di perenggan 6(a) yang memenuhi kriteria berikut: (a) telah berkhidmat sekurang-kurangnya setahun termasuk di jawatan terdahulu bagi pegawai yang belum disahkan dalam perkhidmatan di jawatan sekarang tetapi telah disahkan dalam perkhidmatan di jawatan terdahulu; (b) markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan terkini pegawai di tahap baik; (c) telah mengisytiharkanharta; (d) telah mendapat tawaran kursus pra perkhidmatan; dan (e) diperakukan oleh Ketua Jabatan. 8. Jawatan yang kosong disebabkan pegawai diluluskan CBTG merupakan kekosongan sementara yang hanya boleh diisi melalui kaedah pemangkuan, pelantikan secara sementara atau kontrak. Tugas jawatan yang kosong tersebut juga boleh dilaksanakan secara penanggungan kerja atau kaedah lain yang bersesuaian. 9. Pegawai yang diluluskan CBTG perlu berkhidmat dengan Kerajaan mengikut ikatan kontrak yang dipersetujui setelah menamatkan kursus dengan jayanya. Sekiranya pegawai dilantik ke jawatan baru, ikatan kontrak pegawai boleh dipindahkan ke jabatan baru.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy