Pelantikan

 103 CERAIAN UP.1.3.5 DASAR DAN PROSEDUR MENGIKUTI KURSUS PRA PERKHIDMATAN BAGI PEGAWAI YANG SEDANG BERKHIDMAT TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan menjelaskan dasar dan prosedur untuk mengikuti kursus pra perkhidmatan bagi pegawai yang sedang berkhidmat supaya pelaksaannya teratur dan seragam. LATAR BELAKANG 2. Kursus pra perkhidmatan merupakan satu kaedah bagi memperoleh kelayakan ikhtisas yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan tertentu bagi membolehkan seseorang calon dipertimbangkan pelantikan secara tetap ke skim perkhidmatan berkenaan. Tempoh kursus pra perkhidmatan adalah antara enam (6) bulan hingga tiga (3) tahun atau mana-mana tempoh yang ditetapkan oleh penganjur. Senarai terkini skim perkhidmatan yang mensyaratkan seseorang calon perlu mempunyai kelayakan ikhtisas dengan mengikuti kursus pra perkhidmatan adalah seperti di Lampiran UP.1.3.5(A). 3. Selain daripada calon baru, kursus pra perkhidmatan juga ditawarkan kepada pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan. Memandangkan kursus berkenaan perlu diikuti secara sepenuh masa mengikut tempoh yang ditetapkan, pegawai yang ditawarkan kursus pra perkhidmatan perlu meninggalkan jawatan yang sedang disandangnya. 4. Pada masa ini, pelbagai kaedah digunakan bagi membolehkan pegawai sedang berkhidmat mengikuti kursus pra perkhidmatan. Antara kaedah yang digunakan adalah peletakan jawatan, pelepasan dengan izin, Cuti Tanpa Gaji atas sebab-sebab persendirian yang mustahak atau Cuti Belajar Tanpa Gaji. Sehubungan itu, memandangkan kaedah yang digunakan mempunyai implikasi yang berbeza dari segi perkhidmatan dan pemberian faedah persaraan, terdapat keperluan untuk mewujudkan dasar dan prosedur khusus bagi mengikuti kursus pra perkhidmatan kepada pegawai yang sedang berkhidmat supaya pelaksanaannya teratur dan seragam.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy