Pelantikan

 102 UP.1.3.4 (v) ketua jabatan hendaklah mencatatkan dalam Kenyataan Perkhidmatan pegawai mengenai opsyen yang telah mereka buat; (vi) pegawal yang gagal mengernbalikan borang opsyen, atau mengernbalikannya tanpa rnenyatakan sebarang pilihan, atau membuat pilihan dengan bersyarat, maka mereka dianggap telah menolak pilihan Skim KWSP dan penolakan itu berkuatkuasa pada tarikh pengesahan dalam jawatan; dan (vii) opsyen yang telah dibuat oleh seseorang pegawai adalah MUKTAMAD. 7. Setiap pegawai yang menolak tawaran Skim KWSP (kecuali mereka yang berada dalam keadaan yang dihuraikan di perenggan 5 di atas), hendaklah diperakukan oleh ketua jabatan kepada PBM untuk diberi taraf berpencen dengan menggunakan borang seperti di Lampiran UP.1.3.4(C) apabila mereka memenuhi semua syarat yang ditetapkan. PEMBATALAN 8. Dengan berkuatkuasanya Ceraian ini maka Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2001: Tawaran Opsyen Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1991: Tawaran Opsyen Skim Pencen atau Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibatalkan. PEMAKAIAN 9. Ceraian ini terpakai kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Negeri yang tertakluk di bawah Akta 227 serta pegawai Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang tertakluk di bawah Akta 239. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy