Pelantikan

 101 UP.1.3.4 5. Pada masa ini pegawai yang diberi pelepasan dengan izin oleh ketua jabatan untuk menyandang jawatan lain yang berada di bawah PBM yang berlainan dikehendaki meletakkan jawatan. Akibat peletakan jawatan itu hubungan pegawai dengan perkhidmatan yang terdahulu akan terputus. Walau bagaimanapun untuk memastikan hak pencen pegawai tidak terjejas, mereka disyaratkan supaya memohon pelepasan dengan izin terlebih dahulu. Dengan peletakan jawatan itu pegawai layak diberi opsyen untuk memilih Skim KWSP dalam perkhidmatan yang baru. Jika pegawai memilih Skim KWSP sedangkan mereka telah diberi taraf berpencen dalam perkhidmatan yang terdahulu, maka taraf tersebut akan mansuh. Sebaliknya, jika mereka menolak Skim KWSP, maka taraf berpencen mereka akan kekal dan tempoh perkhidmatan lama boleh dicantumkan dengan perkhidmatan yang baru untuk tujuan faedah pencen. Dalam keadaan ini pegawai tidak perlu diberi taraf berpencen sekali lagi. Tanggung Jawab Ketua Jabatan 6. Oleh kerana pilihan yang bakal dibuat oleh seseorang pegawai itu akan memberi kesan yang besar kepada perkhidmatan mereka dari segi jangka panjang, maka ketua jabatan hendaklah memastikan: (i) sebelum pegawai diperakukan untuk disahkan dalam jawatan dan diberi opsyen, mereka hendaklah diberi penjelasan mengenai implikasi pilihan yang bakal mereka buat. Penjelasan ini boleh diberikan semasa pegawai mengikuti Kursus Induksi atau pada kesempatan yang lain. Pegawai dari Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awarn dan pegawai KWSP boleh diundang untuk memberi penjelasan mengenai faedah kedua-dua skim itu, jika perlu; (ii) mengedarkan borang opsyen seperti di Lampiran UP.1.3.4(A) (untuk pegawai di bawah Akta 227) atau Lampiran UP.1.3.4(B) (untuk pegawai di bawah Akta 239), mengikut mana yang berkenaan, untuk membolehkan mereka membuat opsyen; (iii) borang opsyen yang telah dilengkapkan oleh pegawai dikemukakan oleh ketua jabatan kepada PBM bersama-sama dengan perakuan pengesahan dalam jawatan; (iv) surat pengesahan dalam jawatan yang dikeluarkan oleh PBM hendaklah menyatakan pilihan yang telah dibuat oleh pegawai;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy