Pelantikan

 100 UP.1.3.4 ketua jabatan bermaksud pegawai yang mengetuai sesebuah organisasi sama ada di peringkat ibu pejabat, bahagian, cawangan, seksyen atau unit dalam sesebuah agensi awam, iaitu termasuk ketua perkhidmatan atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh ketua jabatan; pegawai bermaksud pegawai atau pekerja yang dilantik secara tetap berkhidmat dengan mana-mana perkhidmatan sektor awam, kecuali Perkhidmatan Angkatan Tentera; pegawai berpencen bermaksud pegawai yang telah diberi taraf pegawai berpencen di bawah Seksyen 7 Akta 227, atau pekerja berpencen di bawah Seksyen 6 Akta 239, atau yang disifatkan sebagai pegawai berpencen di bawah Seksyen 8 Akta 227 atau pekerja berpencen di bawah Seksyen 7 Akta 239; perkhidmatan sektor awam bermaksud semua perkhidmatan yang disenaraikan dalam Perkara 132(1) Perlembagaan Persekutuan (kecuali Perkhidmatan Angkatan Tentera), Perkhidmatan Pihak Berkuasa Berkanun (Persekutuan dan Negeri) dan Perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan; pihak berkuasa melantik (PBM) bermaksud pihak yang diberi kuasa secara sah untuk melantik seseorang berkhidmat dengan mana-mana agensi awam di bawah bidang kuasa PBM berkenaan; Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bermaksud kumpulan wang simpanan yang ditubuhkan di bawah Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991. Syarat Memilih Skim KWSP 4. Mulai tarikh Ceraian ini dikuatkuasakan, pegawai yang dilantik secara tetap ke dalam perkhidmatan sektor awam dalam keadaan berikut layak diberi opsyen untuk memilih Skim KWSP: (i) pegawai yang dilantik kali pertama; (ii) pegawai yang dilantik kali kedua dan seterusnya setelah meletakkan jawatan daripada perkhidmatan sebelumnya. Ini termasuklah mereka yang telah diberi pelepasan dengan izin; dan (iii) pegawai yang belum pemah membuat opsyen mengikut peruntukan Seksyen 6A(l) Akta 227 atau Akta 239 dalam perkhidmatan sebelumnya.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy