Pelantikan

 99 CERAIAN UP.1.3.4 TAWARAN OPSYEN SKIM KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan menjelaskan syarat dan prosedur pemberian opsyen Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Skim KWSP) mengikut peruntukan Seksyen 6A(l) Akta Pencen 1980 [Akta 227] dan Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 [Akta 239]. LATAR BELAKANG 2. Subseksyen (1) di bawah Seksyen 6A Akta 227 dan Akta 239 memberi peluang kepada pegawai yang dilantik pada atau selepas 12 April 1991 memilih Skim KWSP sebelum mereka disahkan dalam jawatan. Peruntukan lengkap Subseksyen (1) Seksyen 6A Akta 227 adalah seperti berikut: "Seseorang pegawai yang dilantik pada atau selepas mula berkuatkuasanya seksyen ini hendaklah, sebelum disahkan dalam jawatannya, berhak untuk memilih skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja." Subseksyen (3) di bawah seksyen yang sama menetapkan bahawa apabila opsyen yang dibuat oleh seseorang pegawai di bawah Subseksyen (1) itu berkuatkuasa, maka opsyen tersebut adalah muktamad. Ini bermakna pegawai tidak boleh meminda, menukar, membatalkan atau membuat opsyen yang baru kecuali mereka telah meletakkan jawatan dan dilantik semula secara tetap sama ada ke jawatan yang sama atau berlainan. PELAKSANAAN Definisi 3. Untuk tujuan Ceraian ini: agensi awam bermaksud kementerian atau jabatan (Persekutuan dan negeri), pihak berkuasa berkanun (Persekutuan dan negeri) dan pihak berkuasa tempatan;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy