Pelantikan

 97 UP.1.3.3 PELAKSANAAN 6. Pengisian jawatan Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Berkanun yang dibuat selepas tarikh kuat kuasa Ceraian ini hendaklah dibuat mengikut salah satu daripada tiga (3) kaedah pengisian yang dinyatakan di perenggan 4 iaitu sama ada melalui kaedah kenaikan pangkat, peminjaman atau kontrak. 7. Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Berkanun yang sedang menyandang jawatan tersebut secara pertukaran sementara pada tarikh kuat kuasa Surat Pekeliling Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2007 hendaklah dipendekkan tempoh pertukaran sementaranya dan pada masa yang sama, jika perkhidmatan pegawai masih diperlukan, urusan pemangkuan atau kenaikan pangkat hendaklah dibuat mulai tarikh semasa tetapi tidak lebih awal daripada tarikh kuat kuasa ceraian ini. KEKECUALIAN/PENGECUALIAN 8. Sebarang pengecualian daripada mana-mana peruntukan dalam Ceraian ini hendaklah mendapatkan pertimbangan dan kelulusan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. PEMBATALAN 9. Dengan berkuat kuasa Ceraian ini, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2007: Kaedah Pengisian Jawatan Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Berkanun serta perenggan 6, 7 dan penggunaan kaedah pengisian secara pertukaran sementara yang dinyatakan di perenggan 10, 14 dan 15 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2002: Pelantikan dan Penamatan Perkhidmatan Pengerusi Lembaga dan Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Berkanun adalah dibatalkan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy