Pelantikan

 96 UP.1.3.3 PELAKSANAAN Peraturan Baharu 4. Dengan keputusan Kerajaan ini, peraturan mengenai kaedah pengisian jawatan Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Berkanun adalah mengikut salah satu daripada tiga (3) kaedah berikut: (i) Kenaikan pangkat dari kalangan pegawai Pihak Berkuasa Berkanun itu sendiri; atau (ii) Peminjaman dari kalangan pegawai agensi awam yang lain; atau (iii) Kontrak dari kalangan pesara Kerajaan atau bukan pegawai awam. 5. Pengisian jawatan Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Berkanun oleh pegawai dari kalangan pegawai Pihak Berkuasa Berkanun itu sendiri melalui kaedah kenaikan pangkat hendaklah mematuhi peraturanberikut: (i) Pegawai yang dipilih perlu memenuhi syarat-syarat kenaikan pangkat yang ditetapkan mengikut skim perkhidmatan pegawai berkenaan. Pegawai boleh dikehendaki memangku terlebih dahulu sebelum pegawai dinaikkan pangkat ke jawatan berkenaan; (ii) Pegawai yang belum memenuhi syarat kenaikan pangkat, pengisian hendaklah dibuat secara pemangkuan; (iii) Jawatan Ketua Eksekutif (Terbuka) perlu dipinda kepada jawatan mengikut skim perkhidmatan pegawai Pihak Berkuasa Berkanun berkenaan yang mengisi jawatan tersebut. Jawatan Ketua Eksekutif perlu dipinda semula menjadi jawatan terbuka sebaik sahaja pegawai tersebut tidak lagi menyandang jawatan berkenaan; (iv) Jawatan yang dikosongkan oleh pegawai yang telah dinaikkan pangkat ke jawatan Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Berkanun boleh diisi secara hakiki oleh pegawai lain; dan (v) Jawatan yang dikosongkan oleh pegawai yang mengisi jawatan Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Berkanun secara pemangkuan boleh diisi secara sementara melalui kaedah pemangkuan, pertukaran sementara, peminjaman atau pelantikan secara kontrak.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy