Pelantikan

 95 CERAIAN UP.1.3.3 KAEDAH PENGISIAN JAWATAN KETUA EKSEKUTIF PIHAK BERKUASA BERKANUN TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan menjelaskan pindaan kepada kaedah pengisian jawatan Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Berkanun yang telah ditetapkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun2002. LATAR BELAKANG 2. Peraturan bagi mengisi jawatan Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Berkanun telah dijelaskan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2002 (PP 1/2002) - Pelantikan dan Penamatan Perkhidmatan Pengerusi Lembaga dan Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Berkanun. PP 1/2002 menetapkan: (i) Pengisian jawatan Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Berkanun hendaklah dibuat melalui salah satu daripada tiga (3) kaedah berikut: (a) Pertukaran sementara bagi pegawai yang dipilih dari kalangan pegawai Pihak Berkuasa Berkanun itu sendiri;atau (b) Peminjaman bagi pegawai yang dipilih dari agensi awam yang lain; atau (c) Kontrak bagi pesara Kerajaan atau bukan pegawai awam. (ii) Pengisian jawatan Ketua Eksekutif tidak boleh dibuat melalui urusan kenaikan pangkat atau pelantikan secara tetap. 3. Bagi menambahbaik kaedah pengisian jawatan Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Berkanun, Kerajaan telah memutuskan pengisian jawatan berkenaan oleh pegawai yang dipilih dari kalangan pegawai Pihak Berkuasa Berkanun itu sendiri dibuat melalui kenaikan pangkat. Kaedah pengisian secara peminjaman atau kontrak dikekalkan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy