Pelantikan

 2-20 Lampiran B1 CONTOH SYARAT PERTUKARAN PELANTIKAN (atas permohonan pegawai) ----------------------------------------------------------------------------------------------- 1. Setelah menimbang permohonan tuan/puan serta mengambil kira persetujuan semua pihak, tuan/ puan dengan ini ditawarkan pertukaran pelantikan ke (skim perkhidmatan baharu) di (nama agensi baharu). TAWARAN 2. Tempoh sah laku tawaran pertukaran pelantikan ini adalah 30 hari mulai tarikh surat tawaran dikeluarkan. Sila nyatakan sama ada tuan/puan menerima atau menolak tawaran ini dan sebarang keputusan yang dibuat adalah muktamad. Jika tuan/puan tidak membuat pilihan atau tidak melaporkan diri bertugas pada tarikh yang ditetapkan atau membuat pilihan bersyarat atau gagal mengembalikan Surat Setuju Terima tanpa sebarang sebab yang munasabah, tuan/puan adalah dianggap menolak tawaran pertukaran pelantikan ini. TEMPOH PERSETUJUAN 3. Tuan/Puan akan ditawarkan jawatan baharu di skim perkhidmatan dan gred yang sama dengan jawatan asal tuan/puan. Gelaran jawatan tuan/puan jika perlu akan diubah suai mengikut skim perkhidmatan tersebut. JAWATAN YANG DITAWARKAN 4. Tuan/Puan akan tertakluk kepada syarat dan peraturan perkhidmatan seperti yang diperuntukkan dalam skim perkhidmatan yang tuan/puan ditukar lantik kecuali dinyatakan sebaliknya dalam syarat pertukaran pelantikan ini. PEMAKAIAN DI BAWAH SYARAT DAN PERATURAN PERKHIDMATAN BAHARU 5. Tuan/Puan akan ditawarkan gaji pertukaran pelantikan pada gaji yang sama dengan gaji akhir di jawatan asal. GAJI PERTUKARAN PELANTIKAN

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy