Pelantikan

 2-12 (c) Pihak Berkuasa Melantik (i) menawarkan pertukaran pelantikan kepada pegawai melalui Ketua Perkhidmatan jawatan asal dengan mengemukakan surat tawaran, syarat pertukaran pelantikan dan surat setuju terima; dan (ii) mengemukakan kepada Ketua Perkhidmatan jawatan baharu salinan surat tawaran pertukaran pelantikan yang dihantar kepada pegawai. (d) Pegawai (i) memohon cadangan untuk ditukar lantik kepada Ketua Jabatan; (ii) mengembalikan surat setuju terima kepada PBM jawatan baharu serta disalinkan kepada Ketua Perkhidmatan jawatan asal dan Ketua Perkhidmatan jawatan baharu; dan (iii) melapor diri bertugas pada tarikh yang ditetapkan oleh PBM/Ketua Perkhidmatan jawatan baharu. (e) Ketua Perkhidmatan Agensi Asal (i) mengemukakan permohonan pertukaran pelantikan pegawai kepada Ketua Perkhidmatan jawatan baharu dengan menyertakan dokumen berikut: (1) surat permohonan pertukaran pelantikan pegawai; (2) salinan Kenyataan Perkhidmatan pegawai yang kemas kini;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy