Pelantikan

 2-9 (j) Keperluan Mematuhi Akta, Peraturan dan Undang-Undang Pegawai akan sentiasa tertakluk kepada akta, peraturan dan undangundang yang berkuat kuasa. (k) Ketua Perkhidmatan Ketua Perkhidmatan pegawai ialah ketua bagi perkhidmatan yang pegawai ditukar lantik. (l) Penempatan Penempatan pegawai adalah seperti mana yang diarahkan oleh Ketua Perkhidmatan/Ketua Jabatan. (m) Pemakaian Syarat Skim Perkhidmatan/Perkhidmatan Baharu Pegawai adalah tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan/perkhidmatan di jawatan baharu kecuali dinyatakan sebaliknya dalam syarat pertukaran pelantikan. (n) Hubungan Dengan Skim Perkhidmatan/Perkhidmatan Asal Hubungan pegawai dengan perkhidmatan asal terputus kecuali bagi maksud faedah persaraan dan kemudahan dalam perkhidmatan yang diberi menggunakan tempoh perkhidmatan. Contoh : Cuti Rehat, Cuti Haji, Cuti Tanpa Gaji dan kelayakan pinjaman. 6. Bagi urusan pertukaran pelantikan pegawai dari Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan ke Kementerian atau Jabatan di peringkat persekutuan, wilayah, negeri atau daerah dalam Persekutuan, PBM Kementerian atau Jabatan di peringkat persekutuan, wilayah, negeri atau daerah dalam Persekutuan tersebut

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy