Pelantikan

 2-8 (f) Kekananan Kekananan pegawai akan dikira mulai tarikh kuat kuasa pertukaran pelantikan. (g) Cuti Rehat Kelayakan cuti rehat tahunan pegawai di jawatan baharu dikekalkan mengikut kelayakan cuti rehat tahunan di jawatan asal. Pegawai juga dibenarkan membawa baki cuti rehat tahunan dan cuti rehat yang telah dikumpul bagi tujuan pemberian wang tunai sebagai gantian cuti rehat mengikut peraturan yang berkuat kuasa. (h) Pemberian Taraf Berpencen Taraf berpencen pegawai di jawatan asal adalah dikekalkan dan tidak perlu ditawarkan opsyen Skim KWSP di jawatan baharu. Pegawai yang tidak memilih Skim KWSP semasa di jawatan asal tetapi belum diberi taraf berpencen semasa tarikh kuat kuasa pertukaran pelantikan hendaklah diuruskan pemberian taraf berpencen mengikut undangundang pencen yang berkuat kuasa. Dalam konteks ini, tempoh perkhidmatan di jawatan asal boleh dikira sebagai tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira bagi maksud pemberian taraf berpencen di jawatan baharu. (i) Kenaikan Pangkat Kenaikan pangkat pegawai adalah tertakluk kepada syarat skim perkhidmatan di jawatan baharu. Tempoh perkhidmatan di jawatan asal boleh diambil kira sebagai tempoh melayakkan untuk urusan kenaikan pangkat berdasarkan tempoh perkhidmatan (time-based).

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy