Pelantikan

 2-7 BAHAGIAN III SYARAT PERTUKARAN PELANTIKAN 5. Dalam melaksanakan urusan pertukaran pelantikan pegawai, semua syarat berikut hendaklah dipatuhi: (a) Jawatan Baharu Pegawai hendaklah ditukar lantik ke jawatan baharu dalam skim perkhidmatan yang sama dengan skim perkhidmatan jawatan asal. (b) Tarikh Kuat Kuasa Pertukaran Pelantikan Tarikh kuat kuasa pertukaran pelantikan adalah tarikh pegawai melaporkan diri bertugas di jawatan baharu. (c) Gaji Pertukaran Pelantikan Pegawai hendaklah ditawarkan gaji pertukaran pelantikan pada gaji yang sama dengan gaji akhir di jawatan asal. (d) Pergerakan Gaji Tahunan Pergerakan Gaji Tahunan di jawatan asal yang sepatutnya diterima oleh pegawai dalam tahun pertukaran pelantikan dikuatkuasakan, hendaklah diberi di jawatan baharu. (e) Tarikh Pergerakan Gaji Tarikh Pergerakan Gaji di jawatan baharu dikekalkan mengikut Tarikh Pergerakan Gaji di jawatan asal.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy