Pelantikan

 2-5 BAHAGIAN II PRINSIP PERTUKARAN PELANTIKAN DASAR UMUM 3. Dasar mengenai pertukaran pelantikan atas permohonan pegawai adalah seperti berikut: (a) pertukaran pelantikan dilaksanakan sebagai salah satu alternatif bagi membolehkan seseorang pegawai berpindah ke skim perkhidmatan dan gred yang sama dengan skim perkhidmatan dan gred hakiki di Pihak Berkuasa Melantik (PBM) yang berlainan tanpa perlu melalui proses pelantikan biasa; (b) pegawai akan ditawarkan syarat pertukaran pelantikan; (c) pegawai yang layak memohon adalah pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan; (d) asas permohonan yang boleh dipertimbangkan bagi pertukaran pelantikan adalah seperti mengikut suami atau isteri yang bertugas dalam pasukan beruniform, menjaga ibu bapa atau ahli keluarga terdekat yang sakit atau sebab-sebab kesihatan; (e) permohonan pegawai untuk ditukar lantik ke jawatan baharu hendaklah terlebih dahulu mendapat persetujuan daripada Ketua Perkhidmatan jawatan asal dan Ketua Perkhidmatan jawatan baharu; (f) penempatan pegawai adalah seperti mana ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan; dan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy