Pelantikan

 2-3 BAHAGIAN I PENDAHULUAN Tujuan 1. Panduan ini bertujuan untuk menjelaskan mengenai dasar dan prosedur pelaksanaan urusan pertukaran pelantikan atas permohonan pegawai tetap sebagaimana dasar yang lebih terperinci seperti yang dinyatakan dalam perenggan 5.2 Ceraian ini. Definisi 2. Bagi maksud panduan ini: “agensi asal” bermaksud agensi di mana seseorang pegawai bertugas sebelum pertukaran pelantikan dikuatkuasakan; “agensi” bermaksud Kementerian atau Jabatan di peringkat persekutuan dan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan; “agensi baharu” bermaksud agensi yang menerima pegawai untuk berkhidmat di agensi berkenaan melalui proses pertukaran pelantikan; “gaji akhir” bermaksud gaji hakiki yang diterima sehari sebelum tarikh kuat kuasa pertukaran pelantikan; “jawatan asal” bermaksud gred dan jawatan hakiki yang disandang oleh pegawai sehari sebelum tarikh kuat kuasa pertukaran pelantikan; “jawatan baharu” bermaksud gred dan jawatan yang diterima oleh pegawai melalui pertukaran pelantikan;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy