Pelantikan

 1-64 diperakukan pengesahan dalam perkhidmatan di jawatan baharu. 14. Jika tuan/puan yang tidak memilih Skim KWSP tetapi belum diberi taraf berpencen sebelum tarikh kuat kuasa pertukaran pelantikan, tuan/puan layak diberi taraf berpencen di jawatan baharu mengikut undangundang pencen yang berkuat kuasa. Tempoh perkhidmatan di jawatan asal boleh diambil kira sebagai tempoh yang boleh dimasuk kira bagi maksud pemberian taraf berpencen di jawatan baharu. Tuan/Puan yang telah diberi taraf berpencen sebelum pertukaran pelantikan dikuatkuasakan, taraf berpencen tersebut adalah dikekalkan. TARAF BERPENCEN 15. Pertukaran pelantikan tidak akan menjejaskan umur layak dibayar pencen sekiranya tuan/puan bersara pilihan selepas tarikh kuat kuasa pertukaran pelantikan. UMUR LAYAK DIBAYAR PENCEN BAGI PEGAWAI YANG BERSARA PILIHAN 16. Kenaikan pangkat tuan/puan di jawatan baharu adalah tertakluk kepada syarat kenaikan pangkat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan di jawatan baharu selepas layak ditukar lantik. Tempoh perkhidmatan di jawatan asal boleh diambil kira sebagai tempoh melayakkan untuk urusan kenaikan pangkat berdasarkan tempoh perkhidmatan (timebased) kecuali jika tuan/puan ditukar lantik ke gred jawatan lebih tinggi. KENAIKAN PANGKAT 17. Tuan/Puan akan sentiasa tertakluk kepada peraturan dan arahan yang berkuat kuasa di agensi baharu. KEPERLUAN MEMATUHI PERATURAN 18. Ketua Perkhidmatan tuan/puan di jawatan baharu ialah (Ketua Perkhidmatan jawatan baharu). KETUA PERKHIDMATAN

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy