Pelantikan

 1-63 8. Tarikh pergerakan gaji (TPG) tuan/puan di jawatan asal adalah dikekalkan. TPG tuan/puan di jawatan baharu selepas layak ditukar lantik adalah dikekalkan mengikut tarikh pergerakan gaji di jawatan asal. TARIKH PERGERAKAN GAJI 9. Tuan/Puan yang dalam tempoh percubaan boleh disahkan dalam perkhidmatan di jawatan asal sekiranya telah memenuhi semua syarat pengesahan dalam perkhidmatan yang ditetapkan. PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN DI JAWATAN ASAL 10. Tuan/Puan akan dikecualikan daripada syarat pengesahan dalam perkhidmatan di jawatan baharu jika tuan/puan telah disahkan dalam perkhidmatan di jawatan asal sehari selepas tuan/puan memenuhi syarat pertukaran pelantikan yang ditetapkan. Tuan/Puan disifatkan telah disahkan dalam perkhidmatan di jawatan baharu. PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN DI JAWATAN BAHARU 11. Kekananan tuan/puan di jawatan baharu selepas layak ditukar lantik adalah (dikekalkan/mulai tarikh kuat kuasa pertukaran pelantikan). KEKANANAN 12. Kelayakan cuti rehat tahunan tuan/puan di jawatan baharu dikekalkan mengikut kelayakan cuti rehat di jawatan asal atau di jawatan baharu, mana yang lebih tinggi. Tuan/Puan juga dibenarkan membawa baki cuti rehat dan cuti rehat yang telah dikumpulkan untuk tujuan award wang tunai sebagai gantian cuti rehat di jawatan baharu mengikut peraturan yang berkuat kuasa. CUTI REHAT 13. Jika tuan/puan belum disahkan dalam perkhidmatan di jawatan asal, tuan/puan layak ditawarkan opsyen Skim KWSP semasa OPSYEN SKIM KWSP

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy