Pelantikan

 1-54 12. Jika tuan/puan belum disahkan dalam perkhidmatan di jawatan asal, tuan/puan layak ditawarkan opsyen Skim KWSP semasa diperakukan pengesahan dalam perkhidmatan di jawatan baharu. OPSYEN SKIM KWSP 13. Jika tuan/puan yang tidak memilih Skim KWSP semasa di jawatan asal tetapi belum diberi taraf berpencen sebelum tarikh kuat kuasa pertukaran pelantikan, tuan/puan layak diberi taraf berpencen di jawatan baharu mengikut undang-undang pencen yang berkuat kuasa. Tempoh perkhidmatan di jawatan asal boleh diambil kira sebagai tempoh yang boleh dimasuk kira bagi maksud pemberian taraf berpencen di jawatan baharu. Tuan/Puan yang telah diberi taraf berpencen sebelum pertukaran pelantikan ini dikuatkuasakan, taraf berpencen tersebut adalah dikekalkan. TARAF BERPENCEN 14. Pertukaran pelantikan tidak akan menjejaskan umur layak dibayar pencen sekiranya tuan/puan bersara pilihan selepas tarikh kuat kuasa pertukaran pelantikan. UMUR LAYAK DIBAYAR PENCEN BAGI PEGAWAI YANG BERSARA PILIHAN 15. Kenaikan pangkat tuan/puan di jawatan baharu adalah tertakluk kepada syarat kenaikan pangkat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan di jawatan baharu. Tempoh perkhidmatan di jawatan asal boleh diambil kira sebagai tempoh melayakkan untuk urusan kenaikan pangkat berdasarkan tempoh perkhidmatan (time-based) kecuali jika tuan/puan ditukar lantik ke gred jawatan lebih tinggi. KENAIKAN PANGKAT

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy