Pelantikan

 1-53 9. (a) Tuan/Puan yang telah disahkan dalam perkhidmatan di jawatan asal disifatkan telah disahkan dalam perkhidmatan di jawatan baharu sehari selepas tarikh kuat kuasa pertukaran pelantikan. (b) Tuan/Puan yang masih dalam tempoh percubaan boleh disahkan dalam perkhidmatan di jawatan baharu sehari selepas memenuhi syarat berikut: (1) memenuhi tempoh percubaan minimum dengan mengambil kira tempoh percubaan yang telah dilalui di jawatan asal; dan (2) memenuhi semua syarat pengesahan lain yang ditetapkan di jawatan baharu. Sekiranya tuan/puan telah memenuhi semua syarat di jawatan asal, syarat pengesahan lain di jawatan baharu dikecualikan. Tuan/Puan yang telah memenuhi sebahagian syarat pengesahan yang ditetapkan di jawatan asal, hanya perlu memenuhi sebahagian syarat di jawatan baharu. PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN 10. Kekananan tuan/puan adalah (dikekalkan/mulai tarikh kuat kuasa pertukaran pelantikan). KEKANANAN 11. Kelayakan cuti rehat tahunan tuan/puan di jawatan baharu dikekalkan mengikut kelayakan cuti rehat di jawatan asal atau di jawatan baharu, mana yang lebih tinggi. Tuan/Puan juga dibenarkan membawa baki cuti rehat dan cuti rehat yang telah dikumpulkan untuk tujuan award wang tunai sebagai gantian cuti rehat mengikut peraturan yang berkuat kuasa. CUTI REHAT

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy