425 13. Jika tuan/puan yang tidak memilih Skim KWSP semasa di jawatan asal tetapi belum diberi taraf berpencen sebelum tarikh kuat kuasa pertukaran pelantikan, tuan/puan layak diberi taraf berpencen di jawatan baharu mengikut undang-undang pencen yang berkuat kuasa. Tempoh perkhidmatan di jawatan asal boleh diambil kira sebagai tempoh yang boleh dimasuk kira bagi maksud pemberian taraf berpencen di jawatan baharu. Tuan/Puan yang telah diberi taraf berpencen sebelum pertukaran pelantikan ini dikuatkuasakan, taraf berpencen tersebut adalah dikekalkan. TARAF BERPENCEN 14. Pertukaran pelantikan tidak akan menjejaskan umur layak dibayar pencen sekiranya tuan/puan bersara pilihan selepas tarikh kuat kuasa pertukaran pelantikan. UMUR LAYAK DIBAYAR PENCEN BAGI PEGAWAI YANG BERSARA PILIHAN 15. Kenaikan pangkat tuan/puan di jawatan baharu adalah tertakluk kepada syarat kenaikan pangkat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan di jawatan baharu. Tempoh perkhidmatan di jawatan asal boleh diambil kira sebagai tempoh melayakkan untuk urusan kenaikan pangkat berdasarkan tempoh perkhidmatan (time-based) kecuali jika tuan/puan ditukar lantik ke gred jawatan lebih tinggi. KENAIKAN PANGKAT 16. Tuan/Puan akan sentiasa tertakluk kepada peraturan dan arahan yang berkuat kuasa di agensi baharu. KEPERLUAN MEMATUHI PERATURAN 17. Ketua Perkhidmatan tuan/puan ialah (Ketua Perkhidmatan jawatan baharu). KETUA PERKHIDMATAN 18. Penempatan tuan/puan adalah seperti mana yang diarahkan oleh Ketua Perkhidmatan/Ketua Jabatan mengikut mana-mana yang berkenaan. PENEMPATAN
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy