Pelantikan

 421 2. Tawaran pertukaran pelantikan melalui opsyen ini tertakluk kepada syarat seperti dinyatakan di Lampiran B1. Tuan/puan dikehendaki memberi jawapan sama ada menerima atau menolak tawaran ini dengan mengisi borang opsyen di Lampiran B2 dan jawapan tuan/puan hendaklah sampai ke pejabat ini sebelum atau pada (30 hari dari tarikh surat tawaran dikeluarkan). Sekian, terima kasih. “ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ” Saya yang menjalankan amanah, --------------------------------------------------------------------------------- (Tandatangan Pihak Berkuasa Melantik/Ketua Jabatan agensi baharu) 2.1 Menerima Tawaran: Menandakan () dalam kotak di perenggan (a) Lampiran B2; atau 2.2 Menolak Tawaran: (i) Menandakan () dalam kotak di perenggan (b) Lampiran B2 jika tuan/puan bertaraf berpencen atau berada dalam Skim KWSP atau belum disahkan dalam perkhidmatan tetapi telah disifatkan sebagai pegawai berpencen mengikut undang-undang pencen yang berkuat kuasa. Implikasinya, tuan/puan akan dibersarakan di bawah seksyen 10(5)(b) atau seksyen 10(5)(c) atau subseksyen 6A(6) Akta Pencen 1980 [Akta 227]; atau (ii) Menandakan () dalam kotak di perenggan (c) Lampiran B2 jika tuan/puan belum disahkan dalam perkhidmatan dan dengan ini tuan/puan dikehendaki menamatkan perkhidmatan dengan mengemukakan surat peletakan jawatan. Tempoh notis dan bayaran balik sebulan gaji sebagai menggantikan notis yang tidak mencukupi dikecualikan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy