411 Ketua Jabatan agensi baharu menyampaikan dokumen opsyen kepada pegawai yang terlibat melalui Ketua Jabatan agensi asal; Ketua Jabatan agensi baharu memberi taklimat kepada pegawai mengenai syarat pertukaran pelantikan; Pegawai membuat pilihan dan mengembalikan borang opsyen kepada Ketua Jabatan agensi baharu mengikut tempoh yang dinyatakan dalam surat tawaran melalui Ketua Jabatan agensi asal; Ketua Jabatan agensi asal menguruskan perkara berikut: (a) mengemukakan maklumat pegawai yang menolak opsyen pertukaran pelantikan kepada Bahagian Pencen, JPA bagi urusan persaraan pegawai yang layak; dan (b) mengemukakan maklumat pegawai menamatkan perkhidmatan kerana menolak opsyen pertukaran pelantikan kepada PBM agensi asal untuk makluman. Pegawai yang menerima opsyen melaporkan diri bertugas pada tarikh yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan agensi baharu. Manakala pegawai yang menolak opsyen tidak perlu hadir bertugas mulai tarikh kuat kuasa pertukaran pelantikan atau tarikh opsyen pertukaran pelantikan berakhir, mana yang terkemudian. Tamat A
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy