410 BAHAGIAN V PROSEDUR PERTUKARAN PELANTIKAN Prosedur Pertukaran Pelantikan Kerana Pembubaran Agensi Awam 10. Prosedur pelaksanaan pertukaran pelantikan adalah seperti rajah berikut: Mula Ketua Jabatan agensi baharu memaklumkan keputusan Kerajaan kepada BPO, JPA dan salinan kepada Ketua Jabatan agensi asal; Ketua Jabatan agensi asal mengemukakan maklumat kepada BPO, JPA mengenai perjawatan yang terlibat bagi tujuan pemansuhan jawatan; Ketua Jabatan agensi baharu mengemukakan maklumat kepada BPO, JPA mengenai perjawatan yang terlibat bagi tujuan pewujudan jawatan; Setelah waran/surat kelulusan perjawatan diluluskan, Ketua Jabatan agensi baharu mengemukakan dokumen pertukaran pelantikan yang mengandungi contoh surat tawaran, borang opsyen dan syarat pertukaran pelantikan kepada PBM agensi baharu untuk kelulusan dan perwakilan kuasa (jika berkenaan). Contoh dokumen pertukaran pelantikan adalah di Lampiran B, B1 dan B2; PBM agensi baharu menimbang dan meluluskan pertukaran pelantikan pegawai dan mewakilkan kuasa kepada Ketua Setiausaha Kementerian/Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, JPM atau pegawai yang mengetuai agensi baharu yang di bawah bidang kuasa PBM berkenaan (jika berkenaan); A
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy