Perlantikan

 408 (b) Ketua Jabatan (i) mengemukakan maklumat kepada BPO, JPA mengenai perjawatan yang terlibat bagi tujuan pemansuhan/pewujudan jawatan; (ii) mengemukakan dokumen pertukaran pelantikan yang mengandungi contoh surat tawaran, borang opsyen dan syarat pertukaran pelantikan kepada PBM untuk kelulusan dan perwakilan kuasa (jika berkenaan); (iii) menyampaikan dokumen opsyen kepada pegawai yang terlibat (sekiranya diberi perwakilan kuasa oleh PBM); (iv) menerima borang opsyen yang telah dilengkapkan oleh pegawai dan mengemukakan kepada PBM; (v) mengemukakan maklumat pegawai yang menolak opsyen pertukaran pelantikan kepada Bahagian Pencen, JPA bagi urusan persaraan pegawai yang layak dan BPO, JPA bagi urusan perjawatan; (vi) merekodkan semua perubahan berkaitan perkhidmatan pegawai berikutan pelaksanaan opsyen pertukaran pelantikan dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan dan Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS); dan (vii) memberi taklimat kepada pegawai mengenai syarat pertukaran pelantikan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy