407 (iv) pegawai yang menolak opsyen, tidak perlu hadir bertugas mulai tarikh kuat kuasa pertukaran pelantikan atau tarikh opsyen pertukaran pelantikan berakhir, mana yang terkemudian. (d) Pihak Berkuasa Melantik (PBM) Agensi Baharu (i) menimbang dan meluluskan pertukaran pelantikan pegawai; dan (ii) menawarkan opsyen kepada pegawai atau mewakilkan kuasa kepada Ketua Setiausaha Kementerian/Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, JPM atau pegawai yang mengetuai agensi baharu yang di bawah bidang kuasa PBM berkenaan. 9. Peranan dan tanggungjawab Ketua Jabatan, Pihak Berkuasa Melantik dan pegawai bagi urusan pertukaran pelantikan kerana pewujudan/pindaan/penjumudan skim perkhidmatan atau kajian perjawatan adalah seperti berikut: (a) Pihak Berkuasa Melantik (i) menimbang dan meluluskan pertukaran pelantikan pegawai; dan (ii) menawarkan opsyen atau mewakilkan kuasa kepada Ketua Setiausaha Kementerian/ Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, JPM atau pegawai yang mengetuai agensi baharu yang di bawah bidang kuasa PBM berkenaan.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy